Tuesday, February 04, 2014

Rahsia Alam

Firman Allah S.W.T. bermaksud :

Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang berdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanyanya pelbagai jenis tanaman yang indah dan subur?

(Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepada-Nya(dengan taat dan berbakti).

Surah Qaaf: 7-8

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan beberapa khasiat tumbuhan yang diciptakan oleh Allah S.W.T (al-Khaliq) untuk manfaat kita (manusia) dan makhluk lain di muka bumi ini. Subhanallah :) 

KOPI ARABICA

  • kesemua kopi mengandungi kaffein, namun meminum kopi dalam kuantiti yang berpatutan adalah baik untuk kesihatan serta kesegaran badan dan mental sepanjang hari.
  • kopi membantu mengurangkan kaviti dan adalah agen anti-bakteria.
  • kopi membantu mengurangkan risiko menghidapi penyakit kardiovaskular, kanser prostat, alzheimer, dementia, parkinson, penyakit-penyakit hati, diabetes type 2 dan gout.
  • Biji-biji kopi mengandungi anti-oksida yang membantu menghalang radikal bebas dari lebih merebak dan merosakkan sel tubuh badan.
  • kopi mengurangkan selsema, allergi, asma serta baik untuk peredaran darah dan meningkatkan metabolisma badan.
  •  kopi polyphenolic, protin, asid amino, karbohidrat, pelbagai vitamin, mineral dan makronutrien seperti flavanoid, magnesium, potassium, niacin, vitamin E, kalsium, magnesium dan glycosides. 

BARLI  

  • merupakan makanan ruji dan mempunyai banyak khasiat dalam perubatan
  • memberi tenaga dan mengenyangkan (kebiasaannya diambil oleh atlit)
  • mengandungi bahan fiber yang tinggi terutamanya selenium( anti-oksida semulajadi)
  • membantu mengawal dan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah LDL (kolestrol yang tidak baik)
  • menstabilkan paras gula dalam darah
  • mebantu mebersihkan dan menjaga usus perut
  • membantu mengawal penyakit gallstone seperti batu dalam hempedu dan batu karang
  • barli mengandungi garam mineral yang dapat membantu mengurangkan penyakit arthritis iaitu sakit tulang dan otot, baik pulih sel dalam badan dan meningkatkan antibodi/ imuniti badan
  • membantu menjaga dan membersih organ dalaman
  • menyejukkan dan mengurangkan suhu badan lebih cepat jika demam

PEGAGA
  •  menyegarkan otak dan sistem saraf dan dapat membantu mengekalkan keremajaan dan awet muda
  • membantu kesegaran badan, melawan rheumatism, mempertingkatkan daya konsentrasi dan perjalanan darah


MENGKUDU

  • ejen anti-oksida yang tinggi
  • meningkatkan daya ketahanan tubuh
  • mengawal tekanan darah
  • anti-radang, anti-stress, anti-allergi, dan anti-bakteria

 Wallahualam.


No comments: