Sunday, February 09, 2014

Salam Muslim

Bismillahirrahmanirrahim....


Fatimah : Assalamualaikum, kawan-kawan sudah baca surat khabar hari ini ?
Aisyah : Belum kenapa Aisyah...?
Halim : Oh, saya sudah baca tapi berkaitan apa ye ?
Fatimah : Berita tentang 5 orang tua yang dijumpai terbiar di rumah kebajikan ditinggalkan.
Halim : Ya, betul tu ...kisah mereka sangat menyayat hati dan keadaan mereka sangat teruk.
Aisyah : Perbuatan tersebut sungguh tidak berperikemanusiaan. Sanggup ahli keluarga dan pihak yang terbabit membiarkan orang tua-orang tua tersebut dalam keadaan yang kotor dan tidak terurus.
Fatimah : Betul tu. Sepatutnya anak-anak mengambil alih tugas menjaga ibu bapa apabila mereka tidak berdaya dan pihak yang bertanggungjawab iaitu pihak rumah kebajikan seharusnya tidak mengambil sikap lepas tangan dalam isu ini.
Halim : Sekarang pihak polis sedang melakukan penyiasatan bagi kes ini dan isu ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat sekarang.
Aisyah : Saya harap insiden ini menjadi pembuka mata anggota masyarakat khususnya agar kejadian yang sama tidak berulang dan anak-anak dan ibu bapa juga saling mengasihi antara satu sama lain.
Fatimah & Halim : In shaa Allah.

Assalamualaikum, rakan-rakan... Isu yang dibincangkan di atas ialah berkaitan ibu bapa. Islam telah meletakkan darjat ibu bapa di tempat yang tinggi.Namun, padsa era millenium ini masyarakat semakin memandang enteng peranan ibu bapa sama ada ibu bapa tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik atau anak-anak tidak berbakti kepadaibu-bapa. 

Beruntunglah ibu-bapa yang mendidik anak-anak mereka dengan baik untuk menjadi seorang muslim dan muslimah yang soleh dan solehah. Hal ini demikina kerana, anak-anak tersebut akan berbakti kepada mereka untuk mendoakan mereka apabila mereka telah meninggal dunia.

Bagaimana ?

Hadis : Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Begitu juga bagi anak-anak yang berbakti kepada ibu-bapa. Beruntunglah mereka kerana kehidupan mereka mendapat keredaan Allah. Siapa yang tidak mahu keredaan daripada Allah Yang Maha Agung. Subhanallah... Sesungguhnya keredaan Allah SWT terletak pada kere daan ibu-bapa.

Hadis : Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Maka mulai hari ini marilah kita berdoa untuk menjadi hamba-hamba yang soleh dan solehah dan menjadi anak anak yang berbakti kepada ibu bapa di dunia dan akhirat agar kelak kita dapat bersama-sama mereka untuk menjadi ahli syurga dan terlepas daripada seksa api neraka. Ameen.
 
 Wallahualam.

No comments: